22 Disember 2019

Tips Simpan Duit



Simpan duit amatlah penting pada zaman kini. Disyorkan cukupkan simpanan tunai 3 bulan Pendapatan sebagai Dana Kecemasan.


 

Jika pendapatan korang RM2000 sebulan, kena cukupkan RM6000 dalam tabung simpanan ke Tabung Haji atau ASB.

Setiap bulan, simpanlah sikit-sikit. Contoh RM100 sebulan. Terus istiqamah dan jangan putus asa.

Nak mudah, buat potongan gaji secara automatik ke Tabung Haji. Hubungi HR department korang untuk maklumat lanjut ya.

Akhirnya, orang yang bersabar dan gigih simpan duit untuk masa depan akan berjaya. Insyaallah.

--------------------------------------

Jika korang ada duit lebihan, jangan 100% simpan dalam bentuk RINGGIT, tetapi simpanlah sedikit dalam bentuk Singapore Dollar, emas fizikal, atau perak fizikal.

Duit lebihan = duit yang tak digunakan dalam tempoh 5 tahun. Hoho.

Ingat, 75% rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan walau sekadar RM1,000. 

Amat menakutkan.

Sekian, terima kasih ya.

 

Jangan lupa, tolong LIKE dan Support Fan Page kami;



Tiada ulasan:

Catat Komen