28 Disember 2018

Tips urus Loan Kereta

Tips urus Loan Kereta

-------------------------------


Kereta adalah antara alat pengangkutan untuk bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat.

Beli kereta ikut kemampuan Gaji dan bukannya ikut nafsu serakah...





Baiklah,

Ikut sahaja panduan berikut;

- Pastikan ansuran bulanan kereta hanya guna 15% - 20% daripada Gaji/pendapatan. Jika lebih, ia akan membebankan kewangan kita.

- Pastikan standby duit tunai siap-siap. Jika ansuran kereta adalah RM400 sebulan maka standby duit dalam RM800 sebulan untuk perbelanjaan berkenaan kereta sahaja.

Ia merangkumi; petrol, cukai jalan, ansuran bulanan bank, insurans kereta, parking, tol lebuh raya, servis kenderaan, kerosakan, kemalangan kecil dan sebagainya.

- Beli kereta mengikut KEMAMPUAN gaji dan KEPERLUAN sahaja.

- Disyorkan Beli Kereta yang harganya menyamai Setahun Gaji kita.

- Guna pendapatan PASIF untuk bayar ansuran bulanan kereta. Ini adalah langkah yang AMAT BIJAK.

Pendapatan pasif merangkumi; hasil duit sewa rumah, hasil bisnes sambilan, hasil memandu Uber atau Grab, dan sebagainya.


- Sila wujudkan satu akaun simpanan di bank yang dikhaskan untuk urus/simpan perbelanjaan berkenaan kereta sahaja. Ia merangkumi; wang simpanan untuk insurans kereta, cukai jalan, dan servis kereta.

Barulah senang nak rancang kewangan. Bukan? Jangan diusik duit dalam akaun bank ini melainkan untuk bayar insurans kereta, cukai jalan dan servis kereta sahaja. Berdisiplin lah. Janganlah mengikut hawa nafsu dalam berbelanja.

- Kena ingat bahawa kereta adalah liabiliti. Nilainya akan SUSUT setiap tahun. Jadi secara automatiknya beli kereta adalah amat meRUGIkan dari sudut pelaburan dan kewangan.

Sekian, terima kasih.

Yang menulis,
MOHD TAUFIK.





Jangan lupa, tolong LIKE dan Support Fan Page kami;