7 Mac 2020

PANDUAN STEP BY STEP BELI RUMAH


Salam sejahtera semua. Kini, sudah tular di laman sosial, bahawa pihak bank telah menurunkan kadar faedah untuk pinjaman.

Jadi, inilah masa sesuai untuk korang membeli rumah idaman korang.

Pastikan korang mempunyai rekod pinjaman yang bagus serta ada slip gaji/penyata pendapatan yang kukuh ya untuk membeli rumah.

Berikut adalah PANDUAN STEP BY STEP BELI RUMAH;



 

1. Profil

Senaraikan semua pendapatan, komitmen dengan bank, pelaburan, simpanan, cukai pendapatan.

2. Dokumentasi

Kumpul semua slip gaji, penyata simpanan pelaburan ASB, TH, Unit Trust, penyata bank, EA Form, EC Form, CP58, penyata cukai.

Nak belajar 101 kaedah penjimatan cukai secara sah? Boleh dapatkan di link ni,

https://penabiru.onpay.my/order/form/go/94

3. Semak CCRIS

Laporan CCRIS kau boleh dapat di Bank Negara Malaysia.

Pergi sekali, jangan lupa daftar eCCRIS. Lepas tu anytime boleh cek laporan eCCRIS kau asalkan ada internet. Selain tu, boleh juga dapat melalui BNM secara email atau third party macam RAMCI, CTOS, Credit Bureau.


 

4. Jumpa Banker.

Untuk semak Debt Service Ratio (DSR), kau boleh ke bank, bawa semua dokumen tadi, minta dia kirakan kelayakan kau. Setiap bank berbeza cara kira kelayakan.

Secara umum, cara kira kelayakan macam ni,

Gaji: RM3,300
Potongan: RM300
Komitmen: RM500

Gaji Bersih: RM3,300 - RM300 = RM3,000
Max DSR 60%: RM3,000 x 60% = RM1,800
Tolak Komitmen: RM1,800 - RM500 = RM1,300

Formula 200: RM1,300 x 200 = RM260,000

Kau layak dapat pembiayaan RM260,000.

Jadi, in case banker tu kata kau layak harga rumah RM260K, kau carilah rumah lebih murah daripada tu.

Kalau banker kata kau tak layak beli rumah, kau walk in je ke bank lain. Tapi kalau dah 5 banker cakap benda yang sama, kau kena tanya kat mana silap kau dan perbaikilah.

- cantikkan rekod CCRIS
- kukuhkan profil

5. Pilih rumah

- Lokasi: Kawasan hot, mahal. Kawasan tak hot, murah.

- Jenis: Banglo, semiD, teres, apartment, kondo, low cost.

Kalau kau nak jadi pelabur hartanah, cari hartanah yanh boleh disewakan at least 80% daripada ansuran bulanan.

6. Pasaran hartanah

- Lelong: Sesuai kalau kau ada modal besar, berani, ada ilmu yang baik, kelayakan mesti dah tau ada. Rumah murah. Modal 15%.

- Baru: Modal kecil, tapi kena tahu pasal progressive payment, tapi kena ada kemahiran analisis masa depan yang tinggi.

- Subsale: Rumah second hand, modal sederhana, semua boleh nego dengan owner, banyak pilihan, boleh disewakan cepat, kurang risiko rugi. Modal 15%-30%.


 

7. Leasehold/Freehold

- Leasehold: Biasanya harga lebih rendah daripada Freehold. Proses untuk pindak milik ambil masa lebih lama berbanding Freehold. Make sure tempoh pajakan tu tak kurang 30 tahun kalau nak buat pembiayaan bank.

- Freehold: Biasanya lebih mahal daripada Leasehold. Hakmilik kekal. Untuk rumah duduk sendiri, orang suka beli Freehold. Tapi kalau untuk rumah pelaburan, mana-mana pun okay.

8. Bumi Lot / Non Bumi Lot

- Bumi lot: Harga murah sikit daripada Non Bumi Lot. Hanya Bumiputera boleh beli. Malah, ada banyak diskaun untuk bumiputera. Itu pun, ramai lagi Bumiputera yang tak beli.

- Non Bumi Lot: Terbuka kepada sesiapa untuk beli. Biasanya harga lebih tinggi berbanding Bumi Lot.

9. Market Value

Untuk dapatkan market value rumah tu, kau boleh jump valuer, pegawai bank, website Brickz, tengok di website Mudah yang banyak ada jual rumah tu.

Penting kena tau harga pasaran sebab keputusan kau berkait rapat dengan market value tu.

Harga Jual = Market Value (OK)
Harga Jual < Market Value (Sangat OK)
Harga Jual > Market Value (KO)


 

10. Pembiayaan Bank

Untuk makluman kau, bank hanya bagi pembiayaan 90% daripada market value rumah untuk rumah pertama dan kedua. Untuk rumah ketiga dan seterusnya, 70% je.

Kalau mahu pinjaman penuh, boleh mohon Skim Rumah Pertamaku (SRP).

11. Beli sendiri atau melalui ejen

Kalau kau kondifen, kau belilah sendiri. Kalau tak, beli melalui ejen. Mereka pakar, ada networking dengan banker, peguam, valuer. Senang kerja kau. Lagipun untuk rumah subsale bukan kau yang kena bayar komisyen dorang, owner yang bayarkan.

12. Mana nak cari rumah?

- Ejen hartanah, Facebook, website Mudah, website iProperty, banner yang digantung, dan booth di shopping mall.

Sekian.

Sumber asal: https://t.me/HarithFaisal/1132
 
 

Jangan lupa, tolong LIKE dan Support Fan Page kami;



Tiada ulasan:

Catat Ulasan