24 April 2020

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 2020


Salam sejahtera semua, Bulan Ramadan yang mulia telah pun menjelma.

Pasti ramai yang tak sabar menanti bulan yang berkat ini.

Namun, kini di Malaysia, kita akan menyambut Ramadan dalam suasana yang berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas.


Hal ini kerana, Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilanjutkan sehingga pertengahan bulan Ramadan ini.

Puncanya kerana Wabak Covid-19 yang masih ada di Malaysia.

Kini, 95 orang dicatatkan telah terkorban di Malaysia kerana wabak Covid-19.

Baiklah, marilah kita membaca dan memahami senarai Hadis popular mengenai Bulan Ramadan;

Senarai Hadis mengenai Bulan Ramadan;
  • Dari Ibnu Abbas RA, beliau mengatakan: “Saya tidak pernah melihat Nabi SAW memilih satu hari untuk puasa yang lebih baginda utamakan dari pada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura, dan puasa bulan Ramadan.” (HR Bukhari No: 1867) Status: Hadis Sahih
  • Daripada  Ibnu 'Abbas dia berkata; "Rasulullah SAW  tiba di Madinah, baginda melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura` (10 muharam), mereka berkata; "Lebih tepatnya pada hari Musa mengalahkan Firaun. Maka Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya: "Kalian lebih berhak terhadap Musa daripada mereka, maka berpuasalah." (HR Bukhari No: 4312) Status: Hadis Sahih
  • Dari Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Seutama-utama puasa setelah Ramadan ialah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam, dan seutama-utama solat sesudah solat Fardu, ialah solat malam." (HR Muslim No: 1982) Status: Hadis Sahih
  • Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda…Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti…. (H.R. Muslim No : 1945)  Status: Hadis Sahih
  • Dari Abu Salamah bahawa 'Aisyah RA menceritakan kepadanya, katanya: "Rasulullah SAW tidak pernah melaksanakan puasa lebih banyak dalam sebulan selain bulan Syaaban, yang Baginda melaksanakan puasa bulan Syaaban seluruhnya. Baginda bersabda: "Lakukanlah amal-amal yang kalian sanggup melaksanakannya, kerana Allah tidak akan berpaling (dalam memberikan pahala) sampai kalian yang lebih dahulu berpaling (dari mengerjakan amal) ". Dan solat yang paling Nabi SAW cintai adalah solat yang dijaga kesinambungannya sekalipun sedikit. Dan Baginda bila sudah biasa melaksanakan solat (sunnat) baginda menjaga kesinambungannya". (HR Bukhari No: 1834) Status: Hadis Sahih
  • Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun. (HR Bukhari No: 2840) Status Hadis Sahih
  • Dari Abu Ayyub Al-Ansari RA telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim No: 1984). Status: Hadis Sahih
  • Dari Ibnu Abbas RA berkata, Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin. Sesiapa yang membayar zakat fitrah sebelum solat (Eidil Fitri) maka ia adalah zakat yang diterima (oleh Allah) baginya. Sesiapa yang membayarnya selepas solat (Eidil Fitri) maka ia adalah sedekah seperti sedekah biasa. (HR Abu Daud no: 1817) Status: Hadis Hasan 
  • Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : "Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata : "Wahai Rabb ku, saya telah menahannya dari makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenanankan aku untuk memberi syafaat kepadanya (kepada orang yang berpuasa)." Dan al-Quran berkata : "Saya telah melarangnya dari tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Baginda bersabda : "Maka syafaat keduanya diperkenankan." (HR Ahmad No: 6338) Status: Isnad Hasan
  • Dari Abu Hurairah RA, Bersabda Nabi SAW: Demi diriku berada ditangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi.  (HR Bukhari No: 1771) Status: Hadis Sahih
  • Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu." (HR Muslim No: 1793) Status: Hadis Sahih
  • Dari Abi Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda: "makan sahur itu barakah, maka janganlah kalian tinggalkan meskipun salah seorang dari kalian hanya minum seteguk air, kerana sesungguhnya Allah 'azza wajalla dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur." (HR Ahmad No: 10664) Status: Hadis Hasan 
  • Dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW baginda bersabda: Sebaik-baik makanan ketika seseorang mukmin bersahur adalah tamar (kurma kering).” (Hadis Riwayat Abu Daud, 6/290, no. 1998. Shahih Ibnu Hibban, 8/253, no. 3475) Status: Hadis Sahih

Video Tazkirah Sempena Ramadan;





Baiklah, tanpa membuang masa, berikut adalah;

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 2020 bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia;

 Perlis
 Johor  Muat Turun
 Kedah  Muat Turun
 Kelantan  Muat Turun
 Melaka  Muat Turun
 Negeri Sembilan  Muat Turun
 Pahang  Muat Turun
 Perak  Muat Turun
 Pulau Pinang  Muat Turun
 Sabah  Muat Turun
 Sarawak  Muat Turun
 Selangor  Muat Turun
 Terengganu  Muat Turun
 Wilayah Persekutuan  Muat Turun

Sekian, Terima kasih.

-----------------------------------------------------------------------------

Jangan lupa, tolong LIKE dan Support Fan Page kami;



Tiada ulasan:

Catat Ulasan