2 April 2020

Cara Kesan Scammers Secara Online



Salam sejahtera semua. Hari ini, negara kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Ianya berpunca daripada menularnya Virus COVID-19 yang membunuh sudah hampir 45 penduduk di Malaysia.

Amat menakutkan. Amat menakutkan. Pandemik!!!

Jadi, kita dikehendaki berada di rumah dan hanya keluar untuk membeli barang keperluan sahaja.

Itupun dihadkan kepada seorang sahaja wakil setiap rumah.

Jadi alternatif mudahnya ialah kita beli je barang secara online.

Namun begitu, ada pihak yang tidak berhati perut/penjenah yang menipu pembeli iaitu scammers online.

Sebelum membuat sebarang pembayaran, sila semak status penjual kita itu terlebih dahulu. 

Ini Penting!!

1. Langkah pertama untuk kesan penipu ini ialah kita buka http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/


2. Sebagai alternatif, Untuk pengguna Telefon Pintar Android, boleh muat turun aplikasi Check Scammers CCID.


3. Merujuk gambar di atas, masukkan nombor telefon atau nombor akaun bank penjual itu.

4. Kemudian, masukkan Captha dengan betul ya. Kemudian, klik Semak Maklumat.

5. Akan keluarlah RESULT.

6. Jika keluar mesej "Tiada Report Diperolehi Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada" ini bermakna penjual itu masih bersih dari sebarang rekod jenayah.

7. Apapun jua kita kena sentiasa berhati-hati.

8. Sekian, terima kasih.

9. Kalau ada masalah, sila hubungi saya.

Salam 1Malaysia.

-------------------------------------------------------------------------------

Jangan lupa, tolong LIKE dan Support Fan Page kami;



Tiada ulasan:

Catat Ulasan